Posts

Perkara Yang Harus Anda Ketahui Tentang Sembelit.

Image
Gejala Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik. Tanda dan Gejala Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut: Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering. Perut kembung, kejang atau sakit. Kurang selera makan. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak. Sebab-Sebab Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buanga

[INFO SIHAT] Kenali Apa Itu Slipped disc, Faktor & Rawatan Yang Diperlukan

Image
Slipped disc ni apa sebenarnya? Sebelum kita fahami apa itu slipped disc, meh tengok gambar ni dulu supaya kita mudah faham apa itu sebenarnya slipped disc ni. Gambar kat atas ni adalah gambar tulang belakng kita. Uniknya ciptaan Allah yang buat tulang belakang bagi lindungi saraf badan kita ni. Disc tu pulak sebenarnya adalah kusyen tulang belakang kita. Namun, dalam keadaan tertentu, disc ni boleh tergelincir atau dalam bahasa inggerisnya slipped. So, sebab tu ia dinamakan slipped disc. Bila disc ni dah terkeluar dari tempat asal dia, disc ni akan terkena pada saraf tunjang di tulang belakang kita ni. Saraf akan tertekan apabila terkena disc yang tergelincir keluar tu. Antara tanda-tanda awal slipped disc adalah: (berbeza setiap individu, bergantung kepada jenis dan lokasi slipped disc yang dialami) Sakit di belakang, leher dan bahagian bawah badan Kadang-kadang berasa kebas pada sesetengah bahagian bdan (bergantung kepada bahagian saraf yang terkena) Bahagian baw

Apakah Itu SLE??

Image
Apakah SLE? Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui. Sejarah Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE). Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Jenis-jenis Lupus: Discoid Lupus Erythematous (DLE) - Hanya melibatkan kulit - Jarang merebak ke organ lain Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

7 Perkara Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Mula Makan 2 Biji Telur Sehari!

Image
Kebaikan memakan telur ayam seringkali dipersoalkan. Walhal telah terbukti banyak khasiatnya yang unik dalam komposisi pelbagai cara. Kajian telah dibuat dan hasilnya sangat mengejutkan. Menurut kajian, memakan 2-3 biji telur adalah dos yang optimum untuk kekalkan tenaga kita seharian. Banyak faedah kepada tubuh manusia dan sini, admin nak kongsikan 7 daripadanya. [1]. Otak berada di bawah perlindungan choline. Phospholipid yang menjamin sel-sel otak berhubung adalah terdiri daripada choline. Telah terbukti secara klinikal bahawa vitamin adalah bahan binaan utama otak. Sekiranya makan 2 biji telur, tubuh akan mendapat cukup nutrien ini. Kekurangan kolagen membawa kepada penurunan tahap ingatan. [2]. Penglihatan dapat dijaga dengan adanya lutein Penyelidikan menunjukkan bahawa telur ayam kaya dengan lutein. Bahan ini bertanggungjawab untuk membina penglihatan yang jelas dan tajam. Dengan kekurangan lutein ini, ia akan merosakkan tisu mata dan penglihatan kita akan

Ibu Ayah WAJIB TAHU 7 Tanda Jangkitan Cacing Pada Anak Kecil Yang Disangka Sakit Biasa

Image
Kecacingan sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi. Terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum, dan cacing kerawit. Tidak kiralah apa jenis cacing pun, ia perlu dikesan dan dirawat segera kerana dikhuatiri boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius seperti seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus. Berikut adalah tanda jangkitan cacing yang perlu anda tahu. Walaupun ia kelihatan seperti sakit yang remeh, periksalah dengan teliti supaya ia dapat dikesan awal. [1]. KEGATALAN PADA DUBUR Anak yang terkena cacing pada awalnya akan berasa gatal dan tidak selesa pada bahagian dubur. Pada waktu malam terutamanya, kegatalan ini akan lebih menjadi-jadi. Jika terdapat perubahan pada pola tidur atau anak yang kelihatan tergaru-garu, cuba periksa bahagian tersebut dengan teliti. Mungkin juga timbul ruam atau kemerahan akibat telur cac

[KESIHATAN] Warna Air Kencing Dengan Tahap Kesihatan Badan Yang Perlu Anda Tahu!!

Image
Sudah pasti ramai antara kita perasan warna air kencing kita kadang-kadang jernih, kadang-kadang kuning, kadang-kadang kuning pekat dan ada juga yang bewarna gelap. Itu belum cerita warna air kecing ibu yang hamil. Warna dan bau air kencing sebenarnya membawa makna kepada kesihatan kita. Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan air kencing selepas ditapis dan warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing: [a]. Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes. [b]. Air Kencing Warna Kuning Terang Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan risau, warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda mengguna

7 Penyebab Kanser Yang Biasa Kita Lakukan Didedahkan Oleh Bekas Pegawai Farmasi

Image
Bulan Ramadan ini sahaja menyaksikan tiga kehilangan insan yang memang kita kenali selama ini. Bermula dengan adik Syahid, anak kepada Bazli UNIC yang menderita kanser limfoma. Kemudian blogger , Shearasol yang juga pergi di bulan mulia ini kerana kanser. Dan aktres Indonesia, Julia Perez yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah menderita kanser servik sebelum ini. Ketiga-tiga mereka ini berbeza, tetapi punya satu persamaan, iaitu meninggalkan insan di sekeliling mereka hanya kerana derita kanser. Selain jantung yang merupakan pembunuh nombor 1, admin rasa kanser juga kini menduduki takhta teratas kini kerana begitu senang menyerang dan pergi meninggalkan kita dalam masa cukup singkat. Melalui satu perkongsian di laman facebook, Bekas Pegawai Farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Najihah Che Seman juga turut memberi ingatan tentang bahaya kanser ini. Pengalamannya sebelum ini digunakan untuk berkongsi maklumat 8 penyebab kanser yang memang s