[INFO SIHAT] Kenali Apa Itu Slipped disc, Faktor & Rawatan Yang Diperlukan


Slipped disc ni apa sebenarnya? Sebelum kita fahami apa itu slipped disc, meh tengok gambar ni dulu supaya kita mudah faham apa itu sebenarnya slipped disc ni.



Gambar kat atas ni adalah gambar tulang belakng kita. Uniknya ciptaan Allah yang buat tulang belakang bagi lindungi saraf badan kita ni.

Disc tu pulak sebenarnya adalah kusyen tulang belakang kita. Namun, dalam keadaan tertentu, disc ni boleh tergelincir atau dalam bahasa inggerisnya slipped. So, sebab tu ia dinamakan slipped disc.

Bila disc ni dah terkeluar dari tempat asal dia, disc ni akan terkena pada saraf tunjang di tulang belakang kita ni. Saraf akan tertekan apabila terkena disc yang tergelincir keluar tu.

Antara tanda-tanda awal slipped disc adalah: (berbeza setiap individu, bergantung kepada jenis dan lokasi slipped disc yang dialami)
  • Sakit di belakang, leher dan bahagian bawah badan
  • Kadang-kadang berasa kebas pada sesetengah bahagian bdan (bergantung kepada bahagian saraf yang terkena)
  • Bahagian bawah badan terasa lemah dan jadi sukar untuk berdiri
  • Ada juga yng berasa kurang selesa dan gatal pada kemaluan
  • Sakit semasa bersin, batuk, berjalan dll
  • Susah untuk berdiri dengan satu kaki
  • Sakit belakang yang teruk dan ada kesan darah pada air kencing
  • Badan terasa lemah dan terasa menyucuk semasa berehat
  • Lemah tenaga batin dan sukar untuk bersama
  • Kesan yang berterusan boleh membawa kepada lumpuh

Faktor-faktor penyebab Slipped Disc:
[1]. Faktor mekanikal: Postur badan yang tidak betul semasa mengangkat benda berat, bersukan atau kerja kasar. Berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kerana menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.

[2]. Faktor Trauma: Kecederaan otot atau patah tulang belakang akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.

[3]. Faktor Nutrien: Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti dan elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.

[4]. Faktor  Genetik : Pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi 'disc' itu sendiri.

Kaedah Rawatan:
[1]. Rawatan thermal bertujuan untuk mengurangkan kesakitan

[2]. Suntikan steroid bertujuan untuk mengurangkan kesakitan

[3]. Fisioterapi menjalankan senaman yang dikendalikan oleh ahli fisoterapi untuk menguatkan otot, juga menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit

[4]. Pembedahan langkah terakhir, yang mana, discyang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Namun, slipped disc ni mampu berulang walaupun telah diberi rawatan. Jadi, dapatkan makanan tambahan untuk menyokong badan anda dan mengelakkan kejadian ini berlaku lagi!

Comments

Popular posts from this blog

15 Tanda-tanda Kanser Pada Kanak-kanak Yang Mungkin Anda Abaikan!

Apakah Itu SLE??

[Info Wanita] Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Anda!