7 Faktor Risiko Seseorang Menghidap Kanser Perut
Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian akibat daripada kanser di seluruh dunia.
Di negara kita kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita.
FAKTOR RISIKO
Risiko untuk seseorang itu menghidap kanser perut adalah seperti:
[1]. Jantina
Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda daripada wanita.
[2]. Usia
Kebanyakan kanser perut berlaku pada golongan tua di mana terdapat peningkatan insiden yang mendadak selepas usia 60 tahun.
[3]. Kaum
Berdasarkan statistik daripada Institut Kanser Negara pada tahun 2006, kebanyakan pesakit kanser perut adalah di kalangan kaum Cina sebanyak 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%.
[4]. Jangkitan Helicobacter pylori
Jangkitan oleh Helicobacter pylori pada dinding perut kerap ditemui di kalangan mereka yang menghidap kanser perut akan tetapi tidak semestinya mereka yang mempunyai jangkitan ini akan menghidap kanser perut.
[5]. Rokok
Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda.
[6]. Diet
Risiko untuk menghidap kanser perut didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang kerap mengambil makanan yang disalai, digaramkan dan dijeruk. Tabiat mengambil makanan segar serta sayur-sayuran dan buah-buahan pula dapat menurunkan risiko bagi mendapat kanser perut.
[7]. Faktor keluarga
Mereka yang mempunyai keluarga yang menghidap kanser perut mempunyai risiko yang lebih tinggi terutamanya dikalangan keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan adik beradik.
Comments
Post a Comment