Gejala Kanser Perut Yang Harus Kita Ketahui
Kanser perut merupakan sejenis kanser yang mengambil masa yang lama untuk terjadi dan kadang kala mengambil masa selama beberapa tahun.
Sebelum terjadinya kanser ini pesakit mungkin mengalami beberapa gejala-gejala tertentu, akan tetapi pada kebiasaannya pesakit tidak mempunyai sebarang gejala pada peringkat awal.
Kadangkala kanser perut dirawat sebagai penyakit yang lain kerana gejala-gejala yang timbul menyerupai penyakit seperti penyakit peptik ulser.
Disebabkan kesukaran untuk mendiagnosa pesakit ini pada peringkat awal, kebanyakan pesakit kanser perut kerap kali disahkan menghidap penyakit ini lewat dan di peringkat yang lanjut di mana kanser perut ini telah merebak ke bahagian badan yang lain.
Antara-antara gejala-gejala kanser perut adalah seperti:
- Ketidakhadaman
- Sakit perut
- Kepedihan di hulu hati
- Loya dan muntah
- Kesukaran menelan makanan
- Kembung perut terutamanya selepas makan
- Najis berwarna hitam
- Muntah darah
- Kurang selera makan
- Kurang berat badan
- Keletihan
- Bengkak pada bahagian perut
- Bengkak pada kalenjar limfa
Comments
Post a Comment