Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Wajib Anda Tahu.

Tanda-tanda kanser yang perlu anda ketahui.

(1) Kanser Pangkal Rahim 
  • Berlaku pendarahan yang luarbiasa yang berterusan 
  • Sakit selepas hubungan Intim dan sesetengah kes berlaku pendarahan slps hubungan intim 
  • Berlaku Lelehan pada Faraj dan mengeluarkan bau busuk 
  • Merasa tidak selesa ketika membuang air kecil ( merasai kesan terbakar, pedih, sensasi & ketat 
  • Haid menjadi lebih lama & berpanjangan 
  • Hilang Kawalan pada pundi kencing 
  • Berat Badan semakin turun 

(2) Kanser Payudara 
  • Terdapat ketulan atau benjolan di payudara 
  • Keluar cairan berdarah dari puting 
  • Berlaku kedutan pada kulit di buah dada 
  • Berlaku perubahan pada saiz ukuran & bentuk payudara 
  • Terasa Ngilu & nyeri di payudara 
  • Kulit di bahagian payudara tampak kemerahan & bengkak 
  • Kulit di bahagian payudara menjadi gatal & bersisik 

(3) Kanser Usus 
  • Berlaku pendarahan semasa membuang air besar 
  • Perubahan pada tabiat membuang air besar e.g menjadi lebih kerap buang air besar najis lebih cair / sering sembelit / Lebih kerap buang air dari biasa
  • Hilang selera makan berat badan turun tanpa sebab 
  • Terasa sakit dalam perut dan usus 

4) Kanser Paru - Paru 
  • Mengalami batuk kuat berterusan 
  • Batuk berdarah 
  • Sesak nafas & termengah-mengah 
  • sakit dada dan hilang berat badan 
  • Suara Menjadi Serak atau Parau 
  • Sukar untuk menelan 

5) Kanser Hati 
  • Terasa sakit di bahagian abdomen 
  • Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk 
  • Hilang selera makan berpanjangan 
  • Berat badan turun 
  • Kulit dan mata menjadi kuning 
  • Bahagian abdomen membengkak. 

6) Kanser Ovari
  • Haid menjadi tidak teratur 
  • Perut menjadi buncit & bengkak 
  • Pendarahan pada Vagina secara tak Normal 
  • Terasa sakit & berlaku kekejangan pada pelvis 
  • Sakit semasa bersama 
  • Kaki menjadi bengkak atau sembab 

7) Kanser Otak 
  • Sakit kepala yang teruk terutamanya sebelah pagi 
  • Sakit kepala berterusan dan diikuti dengan loya & muntah 
  • Berlaku gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh 
  • Menjadi pelupa 
  • Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala 
  • Gangguan pendengaran dan pertuturan 

8) Kanser Prostat 
  • Aliran kencing kurang baik 
  • Kerap membuang air kecil 
  • Tidak lawas membuang air kencing dan pundi x dapat dikosongkan setiap kali membuang air kecik 
  • Sukar dan sakit semasa membuang air kecil 
  • Terdapat darah dalam air kencing atau air mani 
  • Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang atau peha 

9) Kanser Darah (Leukimia) 
  • Demam, Sejuk, berpeluh malam & simpton selsema 
  • Letih , pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection) 
  • Hilang selera makan & turun berat badan 
  • Gusi berdarah & bengkak 
  • Berlaku pendarahan yang berlebihan walaupun akibat luka yg kecil 
  • Hati & limpa membengkak 
  • Sakit sendi & tulang 
  • Tonsil bengkak 
  • Kerap pengsan 

10) Kanser Thyroid 
  • Benjolan atau bintik2 di bahagian leher & halkum 
  • Suara menjadi garau/serak 
  • Ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher. 
  • Sukar untuk bernafas

Comments

Popular posts from this blog

15 Tanda-tanda Kanser Pada Kanak-kanak Yang Mungkin Anda Abaikan!

Apakah Itu SLE??

[Info Wanita] Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Anda!