Perkara Yang Harus Anda Ketahui Tentang Sembelit.
Gejala Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik. Tanda dan Gejala Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut: Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering. Perut kembung, kejang atau sakit. Kurang selera makan. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak. Sebab-Sebab Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buanga