Posts

Showing posts from June, 2017

Ibu Ayah WAJIB TAHU 7 Tanda Jangkitan Cacing Pada Anak Kecil Yang Disangka Sakit Biasa

Image
Kecacingan sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi. Terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum, dan cacing kerawit. Tidak kiralah apa jenis cacing pun, ia perlu dikesan dan dirawat segera kerana dikhuatiri boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius seperti seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus. Berikut adalah tanda jangkitan cacing yang perlu anda tahu. Walaupun ia kelihatan seperti sakit yang remeh, periksalah dengan teliti supaya ia dapat dikesan awal. [1]. KEGATALAN PADA DUBUR Anak yang terkena cacing pada awalnya akan berasa gatal dan tidak selesa pada bahagian dubur. Pada waktu malam terutamanya, kegatalan ini akan lebih menjadi-jadi. Jika terdapat perubahan pada pola tidur atau anak yang kelihatan tergaru-garu, cuba periksa bahagian tersebut dengan teliti. Mungkin juga timbul ruam atau kemerahan akibat telur cac

[KESIHATAN] Warna Air Kencing Dengan Tahap Kesihatan Badan Yang Perlu Anda Tahu!!

Image
Sudah pasti ramai antara kita perasan warna air kencing kita kadang-kadang jernih, kadang-kadang kuning, kadang-kadang kuning pekat dan ada juga yang bewarna gelap. Itu belum cerita warna air kecing ibu yang hamil. Warna dan bau air kencing sebenarnya membawa makna kepada kesihatan kita. Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan air kencing selepas ditapis dan warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat. Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing: [a]. Air Kencing Warna Jernih Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes. [b]. Air Kencing Warna Kuning Terang Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan risau, warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda mengguna

7 Penyebab Kanser Yang Biasa Kita Lakukan Didedahkan Oleh Bekas Pegawai Farmasi

Image
Bulan Ramadan ini sahaja menyaksikan tiga kehilangan insan yang memang kita kenali selama ini. Bermula dengan adik Syahid, anak kepada Bazli UNIC yang menderita kanser limfoma. Kemudian blogger , Shearasol yang juga pergi di bulan mulia ini kerana kanser. Dan aktres Indonesia, Julia Perez yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah menderita kanser servik sebelum ini. Ketiga-tiga mereka ini berbeza, tetapi punya satu persamaan, iaitu meninggalkan insan di sekeliling mereka hanya kerana derita kanser. Selain jantung yang merupakan pembunuh nombor 1, admin rasa kanser juga kini menduduki takhta teratas kini kerana begitu senang menyerang dan pergi meninggalkan kita dalam masa cukup singkat. Melalui satu perkongsian di laman facebook, Bekas Pegawai Farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Najihah Che Seman juga turut memberi ingatan tentang bahaya kanser ini. Pengalamannya sebelum ini digunakan untuk berkongsi maklumat 8 penyebab kanser yang memang s

15 Tanda-tanda Kanser Pada Kanak-kanak Yang Mungkin Anda Abaikan!

Image
Apabila ia melibatkan anak-anak kita – tiada penyakit atau gejala yang terlalu kecil, terutamanya apabila anda mempertimbangkan sebahagian daripada gejala ini mungkin adalah tanda amaran tidak ketara bagi penyakit kanser. Pengesanan awal berpeluang untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini dan ianya bermula dengan mengetahui tanda-tanda umum bagi kehadiran kanser dan kecenderungan apabila ia semakin parah. Berikut adalah tanda-tanda kanser pada kanak-kanak yang tidak harus di lepas pandang oleh anda: Nota Penulis: Artikel ini hanya sebagai rujukan, sila berhubung dengan pihak yang lebih berkepakaran untuk selanjutnya. [1]. Hidung Kerap Berdarah (Gambar Hiasan) Kanak-kanak boleh mengalami hidung berdarah – disebabkan oleh saluran darah kecil di bahagian hadapan hidung mereka, dan ia akan semakin menebal selepas baligh. Namun, jika kanak-kanak mengalami hidung berdarah yang terlalu kerap, sehingga empat atau lima kali sebulan, ia mungkin adalah sebuah amaran bagi kanse

Kanak-kanak Lebih Tinggi RISIKO Terdedah Asap Rokok!

Image
Mungkin anda pernah baca artikel yang berkenaan kanak-kanak lebih tinggi risiko terdedah kepada bahayanya rokok berbanding orang dewasa. Mungkin juga anda pernah baca banyak artikel berkenaan bahayanya rokok pada kanak-kanak. Tapi mungkin anda belum pernah terbaca artikel berkenaan 'Kenapa Kanak-kanak Lebih Terdedah Pada Bahaya Asap Rokok?' Kali ini, admin nak share satu info yang dikongsikan oleh Dr. Norzila Mohamed seorang Pakar Perubatan  Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurutnya dalam perkongsian yang dipetik dari laman Astro Awani, kanak-kanak adalah golongan  yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa. Kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru , lelah dan masalah pendengaran . Pada masa yang sama, menurut kajian, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) , juga tinggi bagi ibu mengandung yang merokok.

[12] Tanda-Tanda Anda Makan Terlalu Banyak Gula

Image
Kebanyakan orang berfikir hanya penghidap kencing manis mempunyai kadar gula penyebab darah tinggi. Namun, tidaklah sebegitu. Setiap orang boleh mengalami ini dan mungkin tidak melihat bahaya yang sedang berlaku pada saraf, saluran darah, dan organ badan. Bagi mengelakkan komplikasi, ini adalah penting untuk mengenali tanda-tanda membimbangkan dan mengambil langkah yang sesuai. [1]. Kelaparan Berterusan Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel. Akibatnya, badan tidak menerima tenaga dan meminta makanan lagi dan lagi. [2]. Penyebab Keletihan Kandungan gula yang tinggi dalam darah, badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini membuat anda rasa letih tanpa sebab. [3]. Kerap Membuang Air Kecil Jika gula darah terlalu tinggi, buah pinggang tidak boleh menyerap cecair. Oleh itu, badan cuba untuk menyamakan kepekatan

[INFO KECANTIKAN] Wajah Wanita 43 Tahun Ini Bertukar Menjadi ‘Peloles’

Image
Hanya dengan campuran halia segar, cuka dan madu, dalam beberapa hari bintik hitam pada wajah terus pudar. Wanita berusia 43 tahun di bawah ini hanya menyapu campuran bahan ini selama beberapa minggu, dan wajahnya kembali berseri seperti gadis muda 20 tahun! Bukan saja wanita, lelaki pasti suka juga dengan tips ini, kerana mudah, cepat dan semulajadi. (Gambar sebelum) Bahan-bahan: Halia segar, cuka dan madu. (Bahan dapur je…) 1. Cuci halia sehingga bersih. Masukkan dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut. (Jangan terlebih sehingga paras leher balang) Masukkan balang ke dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari. 2. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, adukkan sebati. Tunggu 30 minit. Siap! Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi. 3. Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada wajah dan bahagian yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas. Anda

[Info Wanita] Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Anda!

Image
Datang bulan pasti merupakan mimpi buruk, bukan? Bukan disebabkan perlu menggantikan tuala wanita selang beberapa jam, tetapi sakit perut yang dirasakan itu benar-benar menyakitkan. Belum lagi perasaan yang naik dan turun, semuanya dirasakan tidak betul. Percaya atau tidak, sebenarnya warna darah pada haid itu boleh menunjukkan bagaimana keadaan tubuh anda. Walaupun anda mungkin jarang memeriksa warna darah yang ada pada tuala wanita, sebaiknya periksa dahulu sebelum membuangnya kerana ini boleh mengesan penyakit yang berbahaya pada tubuh. Lebih baik mencegah daripada mengubati, sebaiknya jika kita boleh periksa setiap bulan. Bagaimana cara kita membezakan setiap warna darah kita? [1]. Merah muda Ini bermakna, anda sedang mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika dalam masa subur dan sudah berkahwin, ini adalah tanda kehamilan muda. Sel telur yang sudah dibuahi dan melekat di dinding rahim ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan pada wanita, jangan bimbang ya.

Kanser Payudara Menyerang Lelaki

Image
Walaupun anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu. Umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu 1% dalam semua kes barah payu dara. Bagaimanapun, kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka. Akhirnya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir. Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita. Payu Dara Lelaki  Lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak, tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu. Bagi perempuan apabila datang

Sel Darah Putih Punca Leukemia

Image
Keadaan kanak-kanak yang menghidap leukemia mengundang simpati. Leukemia adalah kanser tisu yang menghasilkan darah, termasuk sumsum tulang dan sistem limfa. Leukemia berasal daripada perkataan Greek bermaksud darah putih dan penyakit ini biasanya bermula dengan masalah sel darah putih. Dalam keadaan normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini. Sum-sum tulang pesakit leukemia menghasilkan banyak sel darah putih berlainan bentuk dan tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya, kehadiran sel darah putih yang terlalu banyak akan menghalang pembentukan sel darah putih yang normal dan menjejaskan kebolehan badan melawan jangkitan. Sel leukemia ini juga mengganggu sel darah lain, termasuk sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan platlet yang membantu pembekuan darah untuk mengawal pendarahan. Leukemia sebenarnya bukan penyakit kanak-kanak seperti

Gejala Kanser Perut Yang Harus Kita Ketahui

Image
GEJALA Kanser perut merupakan sejenis kanser yang mengambil masa yang lama untuk terjadi dan kadang kala mengambil masa selama beberapa tahun. Sebelum terjadinya kanser ini pesakit mungkin mengalami beberapa gejala-gejala tertentu, akan tetapi pada kebiasaannya pesakit tidak mempunyai sebarang gejala pada peringkat awal. Kadangkala kanser perut dirawat sebagai penyakit yang lain kerana gejala-gejala yang timbul menyerupai penyakit seperti penyakit peptik ulser. Disebabkan kesukaran untuk mendiagnosa pesakit ini pada peringkat awal,  kebanyakan pesakit kanser perut kerap kali disahkan menghidap penyakit ini lewat dan di peringkat yang lanjut di mana kanser perut ini telah merebak ke bahagian badan yang lain. Antara-antara gejala-gejala kanser perut adalah seperti: Ketidakhadaman Sakit perut Kepedihan di hulu hati Loya dan muntah Kesukaran menelan makanan Kembung perut terutamanya selepas makan Najis berwarna hitam Muntah darah Kurang selera makan Kurang berat ba

7 Faktor Risiko Seseorang Menghidap Kanser Perut

Image
Kanser perut berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal mengakibatkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut. Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian  akibat daripada kanser di seluruh dunia. Di negara kita kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita. FAKTOR RISIKO Risiko untuk seseorang itu menghidap kanser perut adalah seperti: [1]. Jantina Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda daripada wanita. [2]. Usia Kebanyakan kanser perut berlaku pada golongan tua di mana terdapat peningkatan insiden yang mendadak selepas usia 60 tahun. [3]. Kaum Berdasarkan statistik  daripada Institut Kanser Negara pada tahun 2006,  kebanyakan pesakit kanser perut  adalah di kalangan kaum Cina sebanyak 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%. [4]. Jangkitan Helicobacter pylori Jangkita

Penjagaan Pemakanan Pesakit Hipertiroidisme

Image
Pengenalan Hipertiroidism adalah keadaan di mana kelenjar tiroid mengeluarkan terlalu banyak hormon tiroksin Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan metabolism badan di mana berlaku penurunan berat badan yang mendadak, degupan jantung yang laju atau tidak tetap, keletihan  serta perubahan-perubahan lain kepada badan. Walau bagaimanapun penyakit ini boleh dirawat. Simptom-simptom penyakit dapat diminimakan dengan rawatan. Mengapakah saya selalu lapar? Metabolisme badan yang meningkat akan mengakibatkan kelaparan. Apakah yang boleh saya makan? Biasanya pesakit hipertiroidisme akan makan dengan kerap kerana mereka selalu lapar. Pesakit yang belum menjalani rawatan dibenarkan mengambil makanan lebih dari kebiasaan untuk menampung kadar metabolisme yang tinggi. Berikut adalah beberapa panduan dalam pemilihan makanan: Pengambilan makanan yang seimbang adalah digalakkan. Tingkatkan pengambilan kalori untuk mengelakkan penurunan berat badan. Makanan bergoreng bolehlah

Kaedah Rawatan Air Dunia Yang Harus Kita Ketahui

Image
1. Air Mineral (O1) Air mineral boleh kita dapati di sekitar kita melalui sumber alam semulajadi dari telaga, mata air, air terjun, sungai dan lain-lain lagi. 2. Reverse Osmosis (O2) Reverse Osmosis adalah kaedah penapisan air mineral agar air tersebut lebih bersih dan lebih ringan untuk membantu penyerapan kepada tubuh apa bila diminum. 3. Ozone Water Treatment (O3) Ozone Water Treatment adalah suatu kaedah penyulingan air dengan teknologi terkini. Dimana sumber Reverse Osmosis dibakar dengan suhu yang tertentu melalui kepingan aluminium berkualiti tinggi dan diserapkan kadar oksigen yang tinggi di dalam air menyebabkan air dari sumber Ozone Water Treatment tersebut lebih memberikan penyerapan berganda kepada tubuh, ianya secara tak langsung dapat membantu mengurangkan banyak penyakit kronik dari dalam tubuh badan dari hasil kuman-kuman yang masuk kedalam badan melalui permakanan dan minuman serta peredaran udara di sekitar kita setiap hari. 4. Nitro Water Teknologi (O4)

Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Untuk Wanita 30-an (atau lebih)

Image
Umur mencecah 30-an biasanya menjadi kegusaran sesetengah wanita. Lebih-lebih lagi kalau wanita yang sudah berkahwin. Yang paling ketara menjadi 'masalah' kepada wanita yang sudah berumur 30-an ialah kesihatan dan kecantikan. Apa tidaknya, dek kesibukan kerja disambung dengan tugasan di rumah mengurus rumah tangga, sudah pasti tak sempat untuk menjaga kesihatan sekaligus kecantikan. Hari ini, admin ingin kongsikan 8 Rahsia Kesihatan Dan Kecantikan Bagi Anda Wanita yang berumur 30-an. (yang berumur 20-an pun mengamalkannya begitu juga yang berumur lebih dari 30-an) Mudah dan boleh dijadikan sebagi rutin harian. [1]. KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. [2]. Guna Pelembap yang sesuai.  Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapa

Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Wajib Anda Tahu.

Image
Tanda-tanda kanser yang perlu anda ketahui. (1) Kanser Pangkal Rahim  Berlaku pendarahan yang luarbiasa yang berterusan  Sakit selepas hubungan Intim dan sesetengah kes berlaku pendarahan slps hubungan intim  Berlaku Lelehan pada Faraj dan mengeluarkan bau busuk  Merasa tidak selesa ketika membuang air kecil ( merasai kesan terbakar, pedih, sensasi & ketat  Haid menjadi lebih lama & berpanjangan  Hilang Kawalan pada pundi kencing  Berat Badan semakin turun  (2) Kanser Payudara  Terdapat ketulan atau benjolan di payudara  Keluar cairan berdarah dari puting  Berlaku kedutan pada kulit di buah dada  Berlaku perubahan pada saiz ukuran & bentuk payudara  Terasa Ngilu & nyeri di payudara  Kulit di bahagian payudara tampak kemerahan & bengkak  Kulit di bahagian payudara menjadi gatal & bersisik  (3) Kanser Usus  Berlaku pendarahan semasa membuang air besar  Perubahan pada tabiat membuang air besar e.g menjadi lebih kerap buang air besar n

Tips-tips Kesihatan Di Bulan Ramadhan

Image
Setiap kali kedatangan Ramadhan, kita sentiasa memasang niat untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kita. Terbaik dalam ubudiah kita kepada Allah, terutamanya di dalam melaksanakan ibadah-ibadah khususiah seperti puasa, membaca Al-Qur’an, Solat, Qiamullail, zikir dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua ibadah tersebut hanya akan dapat dilakukan dengan menetapkan niat, keazaman yang kuat dan kesihatan tubuh badan yang baik. Untuk menjadikan keadaan fizikal kita berada di dalam keadaan optima pada bulan yang penuh ganjaran ini, dikongsikan bersama beberapa tips yang dapat sama-sama kita amalkan: 1. Bersahur Makan yang terpenting pada satu-satu hari adalah makan pagi. Sahur adalah makan pagi yang diawalkan sedikit. Kerana itu tidak dinamakan bersahur jika kita mengambilnya pada pukul 12 tengah malam. Waktu sahur adalah di penghujung malam, terutamanya sebelum masuk waktu Subuh. Makanlah ‘slow burning food’ (makanan yang lambat had